GISBH: MAIS pertahan tindakan selaras peruntukan undang-undang

Abdul Aziz (duduk tengah) di Program Pemerkasaan Kesedaran Kesedaran Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim di Selangor di sini pada Selasa
Abdul Aziz (duduk tengah) di Program Pemerkasaan Kesedaran Kesedaran Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim di Selangor di sini pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan tindakan pihaknya dan lain-lain agensi yang berautoriti dalam menangani isu berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan, apa yang dilakukan MAIS, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi pihak berkuasa adalah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Abdul Aziz Mohd Yusof
Abdul Aziz Mohd Yusof

"Kita negara demokratik, mereka bebas (bersuara) dan bagi pihak kita yang bertanggungjawab tentang perkara itu, bukan sahaja MAIS tetapi agensi-agensi lain kita akan pertahankan.

"Kita hendak pastikan perkara yang kita buat selama ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemerkasaan Kesedaran Kesedaran Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim di Selangor anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Pustaka Raja Uda, Seksyen 13 di sini pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media yang memetik jurucakap Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, anak-anak yang dikaitkan dengan GISBH bukan diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti mana dikatakan media, sebaliknya ditahan, dipisah serta disembunyikan secara tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Abdul Aziz mengulas lanjut berkata, rumah yang dipilih untuk anak-anak tersebut berlindung juga dipastikan terjamin selamat dan kebanyakan anak-anak kecil itu dijaga dengan baik oleh JKM.

"Buat masa ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menguruskan anak-anak ini (bagi mengenal pasti identiti). Hendak pastikan betul-betul (identiti mereka), semuanya memerlukan masa yang lama," ujarnya.

Ujarnya lagi, buat masa ini kanak-kanak tersebut mengikuti modul melibatkan akidah, akhlak, kenegaraan dan lain-lain.

Tambahnya lagi, soal berapa lama kesemua kanak-kanak yang terlibat berada di bawah jagaan pihak berkuasa ia akan ditentukan selepas tiga bulan akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!