NWP beri amaran awal, persediaan rapi hadapi banjir - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (enam dari kiri) menghadiri Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) yang berlangsung di Manila, Filipina.
Ahmad Zahid (enam dari kiri) menghadiri Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) yang berlangsung di Manila, Filipina.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia menekankan penggunaan teknologi terkini seperti Sistem Ramalan Cuaca Berangka (NWP) bagi membolehkan amaran awal dan persediaan rapi dibuat dalam menghadapi bencana alam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana menerusi NWP, amaran boleh dikeluarkan sehingga tujuh hari lebih awal.

Menurutnya, inisiatif itu berjaya mengurangkan kerugian akibat Monsun Timur Laut daripada AS$ 220 juta pada tahun 2022 kepada AS$60 juta pada tahun 2023.

"Ini membuktikan keberkesanan inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (DRR) bagi melindungi nyawa dan harta benda.

"Saya juga menekankan usaha Malaysia yang sangat komited dalam menjalinkan kerjasama serantau untuk perkukuhkan daya tahan komuniti kita khususnya terhadap bencana," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut berkongsi perkembangan di Malaysia dengan memberi penekanan terhadap Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 menerusi Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) yang berlangsung di Manila, Filipina.

Jelasnya, Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 diwujudkan dengan mengintegrasikan DRR dalam perancangan pembangunan.

"Ini melibatkan kerajaan tempatan, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta dalam mengurus konsep DRR dalam negara kita.

Artikel Berkaitan:

"Persidangan ini memberi peluang untuk Malaysia mengukuhkan kerangka pengurusan bencana,"jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!