Hospital Papar dinaiki air
PAPAR - Hujan lebat selama beberapa jam dipercayai punca Hospital Papar dinaiki air termasuk di kawasan ruang pesakit ditempatkan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada petang Selasa dan beberapa gambar memaparkan keadaan hospital dan wad dinaiki air turut ditularkan melalui aplikasi WhatsApp.
Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Asits Sanna ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun memaklumkan air telahpun surut dan keadaan terkawal.
"Ya, Alhamdulillah. Keadaan terkawal sekarang, sudah surut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya maklum dengan kejadian itu dan turut melakukan pemantauan di lokasi.
"Tadi ketika hujan memang benar lebat dan berlaku (dinaiki air) tetapi tiada mangsa dan hasil pemantauan bomba, keadaan kembali normal," katanya.
@sinarharianonline Hospital Papar dinaiki air #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Banjir #Air #BencanaAlam #HospitalPapar
News - AShamaluevMusic
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!