Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 4 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hingga 1 pagi esok. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hingga 1 pagi esok. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hingga 1 pagi esok.

Amaran sama turut melibatkan negeri Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

Ribut petir juga dijangka melanda Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).

Situasi sama diramalkan berlaku di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Kapit (Song dan Kapit) manakala di Sabah, ia meliputi kawasan Nabawan dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!