Adik Zahid Hamidi sertai Pas sebagai ahli seumur hidup

Abdul Hakim (kiri) menyerahkan borang keahlian Pas kepada Abdul Hadi di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.
Abdul Hakim (kiri) menyerahkan borang keahlian Pas kepada Abdul Hadi di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Adik kepada Presiden UMNO, Datuk Abdul Hakim Hamidi telah menyerahkan surat keahlian Pas.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar.

Menurut Mohd Misbahul, adik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu telah mendaftarkan diri sebagai ahli Pas seumur hidup.

"Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan UMNO yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam," katanya.

Menerusi video tersebut, kelihatan borang keahlian itu diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!