Generasi ketiga Maldini main untuk Itali

Daniel (tengah) tampil buat kali pertama bersama skuad senior Itali dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Israel di Udine pada Selasa. Foto: AFP
Daniel (tengah) tampil buat kali pertama bersama skuad senior Itali dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Israel di Udine pada Selasa. Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Itali, Luciano Spalletti memberikan kap pertama antarabangsa kepada anak pertahanan legenda skuad Azzurri, Paolo Maldini pada perlawan Liga Negara-Negara menentang Israel di Stadium Bluenergy, Udine pada awal pagi Selasa.

Daniel Maldini dimasukkan pada minit ke-74 menggantikan pemain tengah Giacomo Raspadori ketika Itali mendahului Israel 3-1.

Penyerang berusia 22 tahun itu adalah generasi ketiga daripada keluarga Maldini yang mewakili skuad kebangsaan Itali.

Bapanya beraksi 126 kali bersama Itali dari 1988 hingga 2002, manakala mendiang datuknya - Cesare Maldini tampil sebanyak 33 kali dalam skuad kebangsaan dari tahun 1960 hingga 1967.

Daniel (tengah) dan abangnya, Christian dibawa ke dalam padang semasa perlawanan terakhir bapa mereka Paolo Maldini bersama AC MIlan di San Siro pada 24 Mei 2009. Foto: Agensi
Daniel (tengah) dan abangnya, Christian dibawa ke dalam padang semasa perlawanan terakhir bapa mereka Paolo Maldini bersama AC MIlan di San Siro pada 24 Mei 2009. Foto: Agensi

Terdahulu, dua gol daripada pemain pertahanan Itali, Giovanni Di Lorenzo pada minit ke-54 dan m-79 membantu kemenangan bergaya 4-1 skuad Azzurri ke atas Israel.

Dua lagi gol tuan rumah dijaringkan Mateo Retegui yang menyempurnakan penalti m-41 dan Davide Frattesi m-72.

Gol sagu hati Israel diperolehi m-66 menerusi Mohammed Abu Fani.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu menyaksikan Itali kekal di tangga teratas Kumpulan A2 dengan 10 mata, manakala Israel tercorot tanpa sebarang mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Perancis pula mengumpul sembilan mata selepas menewaskan pasukan tangga ketiga, Belgium 2-1 di Stadium King Baudouin, Brussels.

Itali kini hanya perlu memburu satu mata daripada baki dua perlawanan Kumpulan A2 untuk menempah slot suku akhir Liga Negara-Negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!