Sze Fei-Izzuddin cipta hatrik, permata baharu

Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi permata baharu sukan badminton negara.
Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi permata baharu sukan badminton negara.
A
A
A

BEREGU lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi permata baharu sukan badminton negara.

Mana tidaknya, tiga kejuaraan dilakar pasangan muda itu tahun ini iaitu Terbuka Jepun 2024 pada 25 Ogos, Terbuka China (22 September) dan terbaharu Terbuka Artik (13 Oktober).

Lebih membanggakan, gandingan ini menjadi beregu lelaki pertama negara yang menjuarai Terbuka China dalam tempoh 35 tahun selepas kali terakhir dimenangi pasangan legenda tanah air, Datuk Seri Jalani Sidek dan Datuk Razif Sidek pada 1989.

Sudah tentu pencapaian gemilang ini memberi saingan ketat kepada beregu lelaki utama negara, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia.

Apa yang boleh diperhatikan Sze Fei dan Nur Izzuddin mempunyai masa depan cemerlang sekiranya terus konsisten.

Biar pun bukan menjadi pilihan utama setiap perlawanan, gandingan berasal dari Melaka dan Johor itu tetap yakin dalam memberi magis mereka.

Bukan calang-calang apabila mereka menewaskan nama besar antaranya juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae serta beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Sebelum ini, bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia Tan Boon Heong menyatakan kekuatan tangan ketika membuat pukulan ‘smash’ menjadi senjata utama Sze Fei-Nur Izzuddin.

Artikel Berkaitan:

Dedah Boon Heong, setiap pasangan perlu mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam gelanggang, sekali gus boleh dijadikan senjata rahsia untuk meraih kemenangan demi kemenangan.

Malah, pasangan di kedudukan lapan dunia itu boleh menyusun taktikal berdasarkan kelebihan yang mereka ada.

Selain itu, legenda perseorangan negara, Roslin Hashim berkata, kejayaan yang dilakar gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin tidak mustahil mampu menjadi pesaing terdekat Wooi Yik-Aaron Chia andai kekal konsisten di pentas antarabangsa.

Ini sekali gus memberi bayangan Malaysia hadir sebagai pencabar utama bagi kategori beregu lelaki.

Untuk info, Sze Fei-Nur Izzuddin telah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 September lepas untuk meneruskan karier selaku pemain profesional.

Beregu itu sebelum ini berpisah pada Januari tahun lepas sebelum disatukan semula enam bulan kemudian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!