Skim Tekun Belia Mobilepreneur bantu belia ceburi bidang p-hailing

Skim Tekun Belia Mobilepreneur yang diperkenalkan oleh kerajaan membantu belia mendapatkan pembiayaan modal untuk menceburi bidang perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Ammar, Muhammad Anuar
Skim Tekun Belia Mobilepreneur yang diperkenalkan oleh kerajaan membantu belia mendapatkan pembiayaan modal untuk menceburi bidang perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Ammar, Muhammad Anuar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Skim Tekun Belia Mobilepreneur yang diperkenalkan oleh kerajaan membantu belia mendapatkan pembiayaan modal untuk menceburi bidang perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Muhammad Anuar Ariffin Za’imuddin, 28, berkata, skim bantuan itu memberi peluang kepada golongan muda sepertinya memiliki motosikal bagi membolehkan bekerja dalam sektor p-hailing.

“Saya buat permohonan skim itu pada November tahun lalu dan lulus pada Januari serta layak menerima pinjaman tunai sebanyak RM10,000 yang dikreditkan terus ke dalam akaun,” katanya.

Ujarnya, dengan duit itu dia dapat membeli sebuah motosikal 150cc untuk kemudahannya membuat penghantaran.

“Saya perlu membayar balik pinjaman sebanyak RM312 sebulan selama tiga tahun,” jelasnya.

Jelasnya, jumlah pembayaran balik berkenaan lebih rendah berbanding pinjaman motosikal melalui kedai atau syarikat kredit.

“Alhamdulillah, saya dapat menjana pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan,” katanya.

Muhammad Ammar Yatim, 30, pula berkata, pinjaman RM10,000 yang diperoleh menerusi Skim Tekun Belia Mobilepreneur digunakan untuk membeli sebuah skuter 150cc.

Artikel Berkaitan:

“Saya buat p-hailing secara konsisten selepas pandemik Covid-19 kerana gagal mendapatkan pekerjaan tetap,” katanya.

Ujarnya, skim bantuan itu wajar diteruskan kerana selain tempoh bayaran balik yang singkat dan rendah, ia amat membantu golongan kurang berkemampuan.

Tambahnya, untuk menjadi penghantar perlukan usaha dan kerajinan bagi memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!