Naik taraf kolej kediaman universiti awam

Prasarana di kolej kediaman universiti awam perlu dinaik taraf bagi memberikan suasana lebih kondusif kepada mahasiswa. Gambar kecil: Amir Nur Rashid
Prasarana di kolej kediaman universiti awam perlu dinaik taraf bagi memberikan suasana lebih kondusif kepada mahasiswa. Gambar kecil: Amir Nur Rashid
A
A
A

SHAH ALAM - Prasarana di kolej kediaman universiti awam perlu dinaik taraf bagi memberikan suasana lebih kondusif kepada mahasiswa.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Amir Nur Rashid berkata, jaminan keselesaan terhadap golongan pelajar secara tidak langsung meningkatkan kapasiti penempatan di kolej terlibat.

“Peruntukan khas amat diperlukan supaya kesinambungan pembangunan dapat diteruskan secara konsisten,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, dana khas bagi mendorong keterlibatan mahasiswa dalam ekonomi gig juga wajar diketengahkan.

“Terutamanya dalam aspek memperoleh lesen PSV (Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam) e-hailing dan perolehan kenderaan mengikut piawaian.

“Justeru, peruntukan pemula itu harus dijadikan satu skim, sama ada pemberian secara one off atau pinjaman,” ujarnya.

Amir turut mengakui inisiatif kerajaan yang mengganti dan meluaskan capaian internet di semua universiti awam menerusi Belanjawan 2024 telah memberi manfaat terbesar kepada golongan mahasiswa.

Jelasnya, penambahbaikan itu membantu pelajar sekali gus memudahkan mereka melaksanakan tugasan dalam kampus.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Amir berharap pembangunan sistem penempatan rumah sewa mendapat perhatian kerajaan supaya kebajikan mahasiswa yang tidak mendapat penempatan tetap terjamin.

“Memandangkan kapasiti kolej kediaman di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak mencukupi, sistem ini sangat wajar diwujudkan segera,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!