Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin

Naif Al Sudairi menyerahkan cek sumbangan kepada Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di Kedutaan Arab Saudi di Amman - Foto: Agensi
Naif Al Sudairi menyerahkan cek sumbangan kepada Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di Kedutaan Arab Saudi di Amman - Foto: Agensi
A
A
A

AMMAN - Duta Arab Saudi ke Jordan, Naif Al-Sudairi pada Isnin menyampaikan cek kepada Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini sebagai sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi bagi menyokong program dan operasi UNRWA, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Al-Sudairi menekankan komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam menyokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.

Lazzarini melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan itu, sambil menyatakan bahawa ia akan membolehkan UNRWA terus menyediakan perkhidmatan penting termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada pelarian Palestin yang terdedah di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Beliau menekankan situasi yang teruk di Gaza, di mana lebih 650,000 kanak-kanak tidak bersekolah dan mengalami trauma psikologi.

Lazzarini turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan undang-undang Israel yang menyasarkan UNRWA dan keadaan yang semakin merosot di Gaza berikutan serangan Israel baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!