Al-Sultan Abdullah bantu mangsa kemalangan

Tangkap layar video memaparkan Al-Sultan Abdullah berkenan turun dari kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di LPT 1 pada Selasa.
Tangkap layar video memaparkan Al-Sultan Abdullah berkenan turun dari kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di LPT 1 pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menangguhkan perjalanan dan memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Kuantan pada Selasa.

Peristiwa itu dikongsikan melalui Facebook Kesultanan Pahang.

Berdasarkan hantaran itu, kejadian tersebut berlaku dalam keadaan hujan ketika baginda dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuantan selepas berangkat melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Temerloh.

Tangkap layar video Al-Sultan Abdullah berkenan turun dari kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di LPT 1 pada Selasa.
Tangkap layar video Al-Sultan Abdullah berkenan turun dari kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di LPT 1 pada Selasa.

Baginda memberhentikan kenderaan dan berangkat turun membantu mangsa kemalangan.

"Dengan segera baginda menitahkan agar mangsa kemalangan dibawa ke hospital dengan menggunakan kenderaan polis untuk mendapatkan rawatan.

"Selain kata-kata semangat, Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa kemalangan," jelas hantaran tersebut.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, turut dikongsikan keberangkatan Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menziarahi mangsa kemalangan terbabit yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Artikel Berkaitan:

Keprihatinan Al-Sultan Abdullah terserlah apabila baginda sering menangguhkan perjalanan dan memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!