Wanita Rohingya temberang, sorok minyak masak peket

Norena (kiri) ketika menyoal siasat pekerja warga Rohingya berkenaan.
Norena (kiri) ketika menyoal siasat pekerja warga Rohingya berkenaan.
A
A
A

MELAKA - "Awak kata ada satu, dua, (minyak masak peket), temberang kau ni kak, ini apa ini," kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar apabila menemui 12 peket minyak masak yang disorokkan di sebuah kedai makan di Pernu di sini, baru-baru ini.

Lebih memeranjatkan serbuan yang diketuai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem turut merampas 14 peket gula pasir sekilogram yang disorokkan di ruang dapur berkenaan.

Norena berkata, pada mulanya pekerja wanita warga Rohingya itu memberi alasan minyak masak peket sekilogram itu diperoleh ketika membeli barang di pasar mini berhampiran dalam jumlah satu atau dua peket sahaja.

Pegawai penguat kuasa menemui barang kawalan yang disorokkan di bahagian bawah dapur di sebuah kedai makan di Pernu.
Pegawai penguat kuasa menemui barang kawalan yang disorokkan di bahagian bawah dapur di sebuah kedai makan di Pernu.

Namun menurutnya, setelah pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan di bahagian bawah dapur, berjaya menemui barang kawalan yang disimpan dalam bekas plastik.

Katanya, perbuatan mereka jelas menunjukkan kesalahan yang sering kali telah diberikan amaran kepada golongan berkenaan agar tidak menggunakan minyak masak peket dalam urusan berniaga kerana ia adalah untuk kegunaan isi rumah terutama golongan B40.

"Banyak kali kita pesan agar peniaga tidak menggunakan minyak masak ini dan mereka sebenarnya boleh membeli minyak masak dalam botol.

"Malah perbuatan menyimpan barang kawalan juga satu kesalahan dan kesemua gula pasir serta minyak peket yang dianggarkan berjumlah hampir RM70 itu disita di bawah sek 21 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, penguat kuasa jabatan itu akan terus agresif melakukan pemeriksaan bagi memastikan pengguna di negeri ini tidak berdepan kesukaran untuk mendapatkan barang kawalan.

Sementara itu, dalam video berkenaan Hee Sem turut menegur tahap kebersihan kedai makan berkenaan yang kotor dan kurang memuaskan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!