Puisi buat Fatima, Fazura puji Puteri Balqis
PUISI istimewa nukilan pelakon berbakat besar, Puteri Balqis kepada anak Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya bukan hanya menarik perhatian warga maya.
Malah Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin turut mengagumi susunan kata-kata daripada gadis tersebut yang disifatkan bijak.
"Masya ALLAH Tabarakallah... Kata-kata yang baik daripada seorang gadis muda dan bijak.
"Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. Awak sangat terpuji," komen Fazura pada hantaran yang dibuat Puteri Balqis di akaun Instagram.
Bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu turut mendoakan agar Puteri Balqis terus maju dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia dan akhirat,” katanya lagi.
Komen yang meraih lebih 7,000 tanda suka itu turut mengundang respons positif daripada netizen.
Terdahulu, Balqis menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati buat Fatima dan berharap anak kecil berusia empat tahun itu cekal serta tabah mengharung perceraian ibu bapanya.
Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu selepas hampir tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!