Argentina belasah Bolivia 6-0

Messi meraikan jaringan Argentina selepas meledak jaringan berdepan Bolivia di Buenos Aires. Foto AFP
Messi meraikan jaringan Argentina selepas meledak jaringan berdepan Bolivia di Buenos Aires. Foto AFP
A
A
A

HATRIK dan dua bantuan gol Lionel Messi memastikan Argentina menumpaskan Bolivia 6-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan di Estadio Mas Monumental, Buenos Aires pada Rabu.

Messi yang hanya membuat penampilan antarabangsa kedua sejak pulih kecederaan semasa Copa America pada Julai memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Marcelo Suarez untuk tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-19.

Penjaga gol Bolivia, Guillermo Viscarra melakukan beberapa penyelamatan cemerlang menghalang tuan rumah daripada memanjangkan kelebihan sekali lagi ditewaskan pada minit ke-43 apabila Lautaro Martinez menyudahkan hantaran lintang Messi.

Argentina kemudian menjadikan kedudukan 3-0 apabila hantaran masa kecederaan separuh masa pertama Messi disudahkan Julian Alvarez.

Separuh masa kedua, Argentina yang menguasai permainan menambah lagi jaringan menerusi pemain gantian Thiago Almada untuk gol keempat hasil hantaran Nahuel Molina pada minit ke-70.

Messi kemudian menjaringkan dua gol minit ke-84 dan m-86 untuk menyempurnakan persembahan hebat La Albiceleste ke atas La Verde kendalian Oscar Villegas.

Tiga mata diraih juara Copa America itu membolehkan skuad kendalian Lionel Scaloni mendahului kumpulan dengan 22 mata, tiga di hadapan Colombia.

INFO

Artikel Berkaitan:

Piala Dunia 2026 akan dihoskan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!