Air pasang besar: Pemuda Amanah Selangor tangguh konvensyen Ahad ini

Danial
Danial
A
A
A

SHAH ALAM - Konvensyen Pemuda Parti Amanah Selangor (Amanah) Selangor yang dijadualkan Ahad ini ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi fenomena air pasang besar.

Ketuanya, Danial Al Rashid Haron berkata, meskipun segala persiapan rapi telah dibuat, namun keutamaan kini harus diberikan kepada usaha membantu penduduk terjejas akibat keadaan cuaca tidak menentu.

"Sebagai sebuah organisasi bertanggungjawab, kami perlu meletakkan kepentingan masyarakat di hadapan terutama dalam situasi bencana seperti ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Danial, seluruh Pemuda Amanah Selangor diminta bersiap siaga dan mengerahkan tenaga bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

"Ini termasuklah memberi sokongan dalam bentuk bantuan kecemasan, penyediaan tempat perlindungan dan penyampaian maklumat penting kepada penduduk yang mungkin terjejas.

"Kami percaya bahawa dalam saat-saat sukar ini, semangat kerjasama dan keprihatinan terhadap sesama insan adalah nilai yang perlu diperkukuhkan.

"Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat," ujar beliau.

Sehubungan itu, tambah beliau, pihaknya akan terus memantau situasi itu dan memberikan maklumat terkini kepada semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Fenomena air pasang besar dijadualkan berlaku dari Jumaat hingga Ahad ini dengan bacaan paras air laut dijangka meningkat sehingga mencecah ketinggian 5.8 meter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!