JPJ Kelantan raih RM151,100 hasil lelongan kenderaan

Mohd Misuari (dua dari kanan) melihat Toyota bB yang mendapat nilai bidaan tertinggi.
Mohd Misuari (dua dari kanan) melihat Toyota bB yang mendapat nilai bidaan tertinggi.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan memperoleh RM151,100 hasil lelongan 38 kenderaan pelbagai jenis melalui 58 pembida di sini pada Rabu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, antara kenderaan dilelong kereta jenis Honda Jazz, Mini Cooper, Proton Saga, Toyota Vios dan motosikal Yamaha RXZ.

Pembida berebut membida harga kenderaan yang ingin dibeli pada Lelongan Awam Kenderaan Sita di JPJ Kelantan di Kota Bharu.
Pembida berebut membida harga kenderaan yang ingin dibeli pada Lelongan Awam Kenderaan Sita di JPJ Kelantan di Kota Bharu.

“Kenderaan terbabit dilucut hak melibatkan pelbagai kesalahan seperti kereta klon, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memiliki kenderaan bermotor tidak berdaftar dan mempamer nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut.

“Hasil bidaan tertinggi lelongan diperoleh daripada kenderaan pelbagai guna mini jenis Toyota bB automatik klon dengan nilai RM35,000,” katanya pada sidang media selepas Lelongan Awam Kenderaan Sita Tahun 2024 di JPJ Kelantan di sini, pada Rabu.

Antara kereta skrap yang dibeli pembida.
Antara kereta skrap yang dibeli pembida.

Mohd Misuari berkata, bidaan terendah pula melibatkan kenderaan skrap iaitu sebuah motosikal jenis Modenas dengan harga RM50.

Kata beliau, keseluruhan kenderaan dilelong pada siri tersebut berjumlah 42 melibatkan 24 yang boleh didaftarkan dan 18 skrap.

Artikel Berkaitan:

“Lelongan bagi kali pertama tahun ini yang melibatkan 12 kenderaan klon itu mencatat hasil berjumlah RM119,100.

“Bagaimanapun, tiga daripadanya tidak menerima pembida termasuk sebuah kereta Mercedes Benz yang dibuka pada harga RM6,500,” katanya.

Mercedes Benz yang tidak mempunyai pembida.
Mercedes Benz yang tidak mempunyai pembida.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pada tahun 2022, pelupusan kenderaan dibuat sebanyak dua kali secara sebut harga dan lelongan awam melibatkan 66 kenderaan dengan hasil kutipan sebanyak RM226,584.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!