Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

KPM cadang tambah 400 kelas hibrid tingkat pendidikan digital tahun depan

16 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

KPM cadang tambah 400 kelas hibrid tingkat pendidikan digital tahun depan

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluas projek rintis kelas hibrid kepada 400 kelas lagi di sekolah terpilih di bandar dan luar bandar pada tahun depan.

Menurutnya, projek rintis sebagai usaha KPM membangunkan kemahiran digital dalam ekosistem pembelajaran itu telah dilaksanakan di 110 institusi pendidikan terpilih, termasuk sekolah luar bandar selaras dengan Teras 4: Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur di Bawah Dasar Pendidikan Negara (DPN).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/691276/berita/nasional/kpm-cadang-tambah-400-kelas-hibrid-tingkat-pendidikan-digital-tahun-depan

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #kpm #kelashibrid #pendidikandigital