Pemandu lori miliki diesel tanpa lesen didenda RM26,000
IPOH - Seorang pemandu lori dijatuhi denda RM26,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 4,996 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lepas.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamaludin Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, Lam Wai Muan, 39, juga boleh dipenjara lapan bulan jika tidak membayar denda tersebut.
Beliau berkata, pemandu lori itu didapati bersalah kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara borong atau runcit tanpa lesen di Kampar pada 11.15 malam 14 November 2023.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Ridzuan bin Abd Rahim, manakala Lam tidak diwakili peguam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!