Lebih 100 jaket disita guna cap dagang berdaftar tanpa kebenaran

Penguat kuasa KPDN Kelantan melakukan serbuan susulan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang mengenai aktiviti penjualan jaket tiruan secara dalam talian yang berleluasa. - Foto: FB KPDN Kelantan
Penguat kuasa KPDN Kelantan melakukan serbuan susulan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang mengenai aktiviti penjualan jaket tiruan secara dalam talian yang berleluasa. - Foto: FB KPDN Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, menumpaskan sindiket penjualan 131 helai jaket pelbagai saiz yang melibatkan penggunaan cap dagang berdaftar tanpa kebenaran di Tumpat hari ini.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya, turut menyita kesemua jaket berkenaan yang disyaki dipakaikan cap dagangan jenama terkenal dengan nilai rampasan dianggarkan RM4,585.

Beliau berkata, serbuan dilakukan susulan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang mengenai aktiviti penjualan jaket tiruan secara dalam talian yang berleluasa.

"Pemilik premis iaitu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, dengan kesalahan memiliki dan menggunakan cap dagangan berdaftar untuk tujuan perdagangan tanpa kebenaran.

"KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada peniaga lain agar tidak terlibat dalam kegiatan penjualan barangan tiruan yang melanggar undang-undang, dan akan terus menjalankan pemantauan,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!