Penganggur dicekup curi lapan biji buah nangka

Buah nangka yang dipercayai dicuri suspek. Foto polis
Buah nangka yang dipercayai dicuri suspek. Foto polis
A
A
A

NILAI - Seorang penganggur ditahan bersama lapan biji buah nangka selepas dipercayai mencurinya di sebuah kebun di Kampung Baru Mantin di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada pemilik kebun pada jam 3.51 petang.

"Lelaki itu memberitahu, pekerjanya memaklumkan terdapat dua lelaki tidak dikenali telah menceroboh masuk ke dalam kebun buah miliknya dan mengait buah nangka.

"Dia kemudiannya telah pergi ke kebun untuk membuat pemeriksaan dan mendapati plastik beg yang diletakkan buah nangka di situ telah terbuka," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, pekerjanya telah berjaya menahan salah seorang suspek, manakala seorang lagi melarikan diri.

Ujarnya, polis yang dimaklumkan perkara itu telah menahan suspek lelaki tempatan berusia 30-an untuk tindakan lanjut.

"Semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kini direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

"Usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan/Seksyen 477 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!