Paip IWK pecah punca 'sinkhole' di Pantai Jerejak

Tular gambar kejadian lubang besar yang berlaku di kawasan Pantai Jerejak hingga mengakibatkan tayar sebuah bas sekolah terbenam.
Tular gambar kejadian lubang besar yang berlaku di kawasan Pantai Jerejak hingga mengakibatkan tayar sebuah bas sekolah terbenam.
A
A
A

GEORGE TOWN - Paip Indah Water Konsotium (IWK) yang pecah dipercayai menjadi punca kejadian lubang besar (sinkhole) yang berlaku di Lebuh Bukit Kecil 3 di Pantai Jerejak, di sini pada Rabu.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, hasil siasatan tapak mendapati paip IWK yang pecah menyebabkan berlaku aliran air bawah jalan atau tanah sehingga berlaku pembentukan lubang.

Menurutnya, tindakan segera untuk menutup kawasan berkenaan telah dibuat sebaik pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 8 pagi pada Rabu.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian skinhole membabitkan diameter 10 meter (m) lebar dan panjang dengan 3m dalam yang mana tanah aktif terhakis dan kawasan sekitar tidak stabil.

"Kerja-kerja mitigasi telah dibuat denganpemasangan kon penghadang ditapak dan telah menutup jalan terbabit kepada semua kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon pihak IWK untuk membuat sisasatan lanjutan segera sebelum tindakan bersama dilaksanakan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya.

Pada Rabu tular gambar kejadian lubang besar yang berlaku di kawasan Pantai Jerejak hingga mengakibatkan tayar sebuah bas sekolah terbenam.

Difahamkan jalan berkenaan menjadi laluan banyak kenderaan berat terutamanya bas pekerja di sekitar kawasan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!