Lebih 300 sukarelawan Nestlé Cares lindungi kawasan pantai Malaysia

Aranols bersama sukarelawan Nestlé Cares menjalankan aktiviti pembersihan bawah laut dan pemuliharaan terumbu.
Aranols bersama sukarelawan Nestlé Cares menjalankan aktiviti pembersihan bawah laut dan pemuliharaan terumbu.
A
A
A

PETALING JAYA - Projek Pembersihan Pantai & Bawah Laut Tahunan Nestlé (Malaysia) Berhad (Nestle Malaysia) menghimpunkan lebih 300 sukarelawan Nestlé Cares untuk mengutip sampah di sekitar kawasan pantai Malaysia.

Ia telah dimulakan pada tahun 2019 dan inisiatif itu telah mencapai kejayaan besar berjumlah lebih 15 metrik tan sisa dikumpulkan.

Acara tahunan tersebut turut melibatkan aktiviti perlindungan alam sekitar lain seperti penanaman semula karang, pembuangan pukat yang tidak lagi dipakai (pukat hantu), dan pengawalan populasi spesies penakluk seperti tapak sulaiman ‘mahkota berduri’ yang merosakkan karang.

Pada tahun 2024, program pembersihan tersebut meliputi lima lokasi di seluruh negara iaitu Pantai Teluk Batik, Perak; Pantai Kemaman dan Pulau Perhentian, Terengganu; Pantai Pasir Panjang, Sarawak dan Pantai Saujana, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Nestlé Malaysia yang lebih luas untuk mencapai tahap keneutralan plastik dan peralihan ke arah pelepasan karbon sifar bersih.

“Aktiviti ini menunjukkan bagaimana program tanggungjawab sosial korporat, penglibatan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar boleh bersama-sama menghasilkan perubahan positif.

“Inisiatif ini juga menjadi wadah untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dan usaha meningkatkan kesedaran tentang topik-topik berkaitan alam sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan.

Lebih 300 sukarelawan Nestlé Cares menyertai program Pembersihan Pantai & Bawah Laut di lima lokasi di seluruh negara.
Lebih 300 sukarelawan Nestlé Cares menyertai program Pembersihan Pantai & Bawah Laut di lima lokasi di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Aranols berkata, inisiatif Pembersihan Pantai & Bawah Laut memaparkan kekuatan kerjasama awam-swasta, dengan penglibatan aktif agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, di Negeri Sembilan, Nestlé Malaysia bekerjasama dengan Puspanita cawangan Negeri Sembilan yang membawa 54 sukarelawan tambahan untuk membantu dalam program pembersihan.

“Kerja pembersihan di Kemaman pula melibatkan kerjasama dengan Jabatan Penjara Terengganu dan NGO Geng Plastik Ija, untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat setempat.

“Jumlah sampah yang dikumpulkan di Pantai Saujana dan Pantai Pasir Panjang berkurangan berbanding 2023 menunjukkan usaha berterusan yang dilaksanakan di lokasi-lokasi ini mencapai hasil positif dari segi pengurangan sisa,” katanya.

Beliau berkata, usaha pada tahun ini juga diadakan bersempena dengan Hari Cuci Malaysia iaitu inisiatif yang diterajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekali gus memperlihatkan sokongan Nestlé Malaysia terhadap matlamat alam sekitar negara.

“Kami yakin, kerjasama berupaya membawa perubahan yang positif dan sekali lagi berpeluang untuk berganding bahu dengan rakan-rakan seperjuangan menjayakan inisiatif ini.

“Pakatan strategik ini penting untuk mengukuhkan usaha kelestarian kami dan membudayakan tanggungjawab kita terhadap alam sekitar di seluruh negara,” tambah Aranols.

Semua sisa yang dikumpulkan daripada aktiviti itu disalurkan kepada pusat kitar semula yang khusus untuk bahan-bahan yang menuju ke laut, memastikan sisa dikitar semula atau dilupuskan secara bertanggungjawab.

Inisiatif Pembersihan Pantai & Bawah Laut ini adalah satu daripada pelbagai usaha kelestarian Nestlé Malaysia yang menyokong strategi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) lebih luas syarikat untuk membentuk masa depan lebih bersih bagi negara kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!