Belanjawan 2025: Harap tambah baik infrastruktur jalan raya di Kelantan

Jalan di hadapan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mat Nawi Mat Noh, Che Hassan, dan Mohd Fatah Mohd Shorgia)
Jalan di hadapan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mat Nawi Mat Noh, Che Hassan, dan Mohd Fatah Mohd Shorgia)
A
A
A

KOTA BHARU - Rata- rata rakyat di Kelantan berharap kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan jalan raya di negeri ini ditingkatkan dan diberi perhatian dalam Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.

Pemandu lori, Mat Nawi Mat Noh, 63, berkata, Kelantan sekian lama ternanti-nantikan pembangunan dan kemajuan termasuk jalan-jalan baharu yang lebih baik dan selesa.

“Kami nak Kelantan ini jadi maju, jalan raya diperbesarkan dan pembangunan sedia ada dibangunkan semula.

“Ini kerana Kelantan sudah lama mundur dan jangan lupa juga penduduk miskin yang perlu diberikan bantuan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Rabu.

Seorang lagi, penjual ikan di Pasir Mas, Che Hassan Yaffar, 63, Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu memberi perhatian kepada Kelantan membabitkan infrastruktur bagi mengekang banjir.

Rantau Panjang yang sering dilanda banjir saban tahun. Gambar hiasa
Rantau Panjang yang sering dilanda banjir saban tahun. Gambar hiasa

Katanya, saban tahun, Kelantan terutama penduduk di Rantau Panjang mengalami kerugian ribuan ringgit akibat bencana alam terbabit sekali gus menuntut satu penyelesaian jangka panjang melalui tambahan peruntukan.

“Harapan rakyat Kelantan supaya kerajaan prihatin termasuk jalan-jalan rosak akibat banjir perlu dibaiki semula.

Artikel Berkaitan:

“Jangan lupa juga pada musim banjir, rakyat tidak dapat menoreh getah, jadi kerajaan perlu beri tumpuan kerana ada rakyat yang tidak dapat bekerja jika hujan,” ujar Che Hassan.

Selain itu, kakitangan awam, Mohd Fatah Mohd Shorgia, 42, mahu kerajaan memperluaskan lagi manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada lebih ramai rakyat di negara ini untuk menikmatinya.

Menurut bapa empat anak itu, langkah terbabit akan membantu meringankan bebanan dihadapi rakyat pada masa kini.

“Bantuan STR ini patutnya syarat lebih longgar supaya ramai lagi rakyat dapat merasainya.

“Jumlah juga perlu dilebihkan sebabnya kos (sara hidup) sekarang ini tinggi, jadi perlu ditambahkan daripada yang sedia ada,” kata Mohd Fatah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!