Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade

Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) dan Nooryana Najwa Najib (kanan).
Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) dan Nooryana Najwa Najib (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan tersebut juga menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh Nooryana bersama-sama Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim.

Pelantikan tersebut juga menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh Nooryana (dua dari kiri) bersama-sama Datuk Hairul Yaacob (tengah) dan Dr Mastura Abdul Karim (dua dari kanan).
Pelantikan tersebut juga menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh Nooryana (dua dari kiri) bersama-sama Datuk Hairul Yaacob (tengah) dan Dr Mastura Abdul Karim (dua dari kanan).

“Tahniah diucapkan kepada Nooryana Najwa atas pelantikan sebagai ALP Matrade.

“Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, ALP yang hadir serta seluruh pengurusan kanan Matrade yang menyertai mesyuarat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Pelantikan tersebut juga menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh Nooryana (dua dari kiri) bersama-sama Datuk Hairul Yaacob (tengah) dan Dr Mastura Abdul Karim (dua dari kanan).
Pelantikan tersebut juga menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh Nooryana (dua dari kiri) bersama-sama Datuk Hairul Yaacob (tengah) dan Dr Mastura Abdul Karim (dua dari kanan).

Nooryana, 36, adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Universiti Georgetown; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton School of Business serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Harvard Kennedy School yang ketiga-tiganya terletak di Amerika Syarikat.

Menurut Reezal Merican, mesyuarat dipengerusikan olehnya itu bertujuan untuk melihat hala tuju dan perancangan semasa yang akan dilaksanakan oleh agensi tersebut tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa Najib dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

“Semoga segala perancangan yang dijadualkan untuk Matrade tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memanfaatkan syarikat-syarikat tempatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!