Beg berisi wang hilang, Azlan Komeng rayu pulangkan

Azlan kini dirawat di Hospital Batu Pahat.
Azlan kini dirawat di Hospital Batu Pahat.
A
A
A

PELAKON aksi, Azlan Komeng mendedahkan beg yang mengandungi barang niaga dan sejumlah wang tunai hilang selepas mereka terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lalu di Kuala Lipis, Pahang.

Jelas Azlan, dia tidak menyedari ke mana beg tersebut tercampak atau hilang, namun berharap mana-mana individu yang menjumpai, dapat memulangkan semula kepadanya atau isteri, Nur Nilam Ortiz.

“Pada hari kemalangan itu, apa yang tidak kami sedari adalah duit hasil perniagaan hari itu, tidak tahulah tercampak ke mana atau terjatuh di dalam kereta.

“Kepada sesiapa yang terjumpa dan sudi untuk pulangkan, bolehlah hubungi saya atau isteri atau adik angkat saya,” ujarnya dalam video yang dikongsikan adik angkatnya, Jalil Razak menerusi akaun TikTok.

Dalam perkongsian video sama, Jalil sempat berkongsi keadaan terkini Azlan yang masih terlantar di katil hospital.

Jalil
Jalil

Malah Jalil juga berharap sesiapa yang menjumpai beg berkenaan agar dipulangkan semula kepadanya, isteri Azlan atau Azlan sendiri.

“Siapa yang terambil beg ketika kemalangan itu berlaku, boleh pulangkan balik tak? Dalam beg itu ada barang-barang niaga..terutama sekali duit,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor.

Keadaan kereta dinaiki Azlan selepas terlibat kemalangan di Kuala Lipis, Pahang, Jumaat lepas.
Keadaan kereta dinaiki Azlan selepas terlibat kemalangan di Kuala Lipis, Pahang, Jumaat lepas.

Bintang Langgar itu dijangka menjalani satu lagi pembedahan untuk merawat pinggulnya yang patah.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandu Azlan bertembung dengan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyebabkan aktor itu mengalami kecederaan parah iaitu patah tangan kanan, kedua-dua kaki dan pinggul.

Azlan, isteri dan seorang anak mereka ketika itu dalam perjalanan ke tapak karnival.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!