Tiga nelayan tidak pulang selepas empat hari turun ke laut

Bot dinaiki tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kemaman pada Ahad lalu.
Bot dinaiki tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kemaman pada Ahad lalu.
A
A
A

KEMAMAN - Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas turun ke laut untuk menangkap ikan di perairan Kemaman di sini sejak empat hari lalu.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) mangsa diaktifkan sebaik menerima laporan daripada ahli keluarga kira-kira jam 2.15 petang pada Rabu.

Menurutnya, Op Carilamat telah diaktifkan sejak jam 2.50 petang dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut dibuka di pekarangan pejabat Zon Maritim Kemaman di sini.

"Ketiga-tiga nelayan itu dikatakan turun ke laut dengan menaiki bot nelayan tempatan jenis A pada petang Ahad dan gagal dihubungi sehingga kini.

"Difahamkan, biasanya mereka akan pulang setelah dua hari di laut namun sehingga kini mereka masih belum pulang," katanya di sini, pada Rabu.

Ariffin memberitahu, buat masa ini sektor rondaan tertumpu sehingga 30 batu nautika dalam radius perairan Kemaman memandangkan pihaknya tidak menerima maklumat terperinci mengenai kedudukan terakhir bot berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!