Bukan hari Sze Fei-Nur Izzuddin
BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ditunjukkan jalan keluar setelah kalah pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark sebentar tadi.
Juara Terbuka China itu tumpas di tangan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dalam pertarungan straight set di Odense.
Bagai serba tidak kena, pasangan nombor lapan dunia itu memulakan set pertama dengan langkah kiri apabila tewas 13-21 pada kejohanan berstatus Super 750 itu.
Sze Fei-Nur Izzuddin cuba mengubah rentak permainan pada permainan kedua, namun corak bertahan dan serangan pasangan lawan menyukarkan mereka.
Kittinupong-Dechapol mengesahkan kemenangan 21-13 pada pertemuan pertama mereka di pentas antarabangsa.
Sze Fei-Nur Izzuddin pada Ahad muncul juara Terbuka Artik setelah menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Skarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!