'Adik Zahid sertai Pas tidak beri 'kudis' kepada UMNO' - Mohd Puad

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Penyertaan adik kepada Presiden UMNO, Datuk Abdul Hakim Hamidi dalam parti Pas tidak memberi 'kudis' kepada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO akan berjalan terus dan tidak hairan dengan tindakan yang dilakukan oleh Abdul Hakim.

"Abdul Hakim bukan heavyweight dalam UMNO dan Pas tidak perlu bersikap lebih sudu dari kuah.

“Pas kata hari ini dalam sejarah bila adik Presiden UMNO sertai Pas, sepatutnya yang lebih layak terima pujian itu ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau Annuar Musa. Mereka berdua bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung UMNO.

“Parti lain santai sahaja apabila terima orang baharu. Nik Omar Nik Abd Aziz tanding atas tiket Amanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka 2018, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dia bertanding pula di Parlimen Pasir Salak atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR),” ujarnya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki memaklumkan Abdul Hakim menyertai Pas menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar.

Menurut Mohd Misbahul, adik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu telah mendaftarkan diri sebagai ahli Pas seumur hidup.

Tambah Mohd Puad, Presiden Pas, Datuk Asri Muda pula memilih untuk menjadi ahli UMNO dari 1989 hingga dia meninggal dunia tahun 1992.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, bekas ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga menyertai UMNO. Dia bekas Setiausaha Dewan Ulamak Pas dan Menteri Komoditi.

“Kita tunggu Annuar Musa, apa Pas dapat darinya. Kalah lagi teruk di Nenggiri.

“Tidak ada apa dalam Pas baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam. Di bawah Zahid, UMNO punyai bargaining power sendiri,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!