Jawatankuasa tetap perlu diwujudkan bantu PAC

Aira menjadi panel Wacana Sinar edisi 461 bertajuk Antara projek mega, subcon & tata kelola yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Aira menjadi panel Wacana Sinar edisi 461 bertajuk Antara projek mega, subcon & tata kelola yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu melihat institusi lain yang boleh berperanan untuk membantu sama dalam memantau pelaksanaan projek mega di negara ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Aira Azhari berkata, peranan jawatankuasa tetap itu berbeza dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mempunyai komuniti yang dipilih dalam kalangan ahli Parlimen.

Menurutnya, kekuatan PAC kerana ianya mempunyai ahli tetap yang bertukar setiap kali selepas pilihan raya namun ianya tidak boleh ditukar mengikut selera pemerintah.

“Sekarang Pengerusi PAC dipilih daripada ahli Parlimen pembangkang dan mungkin kita kena tambah satu lagi jawatankuasa tetap seperti itu di Parlimen.

“Contohnya banyak negara demokrasi mempraktikkan kaedah ini dengan jawatankuasa tetap itu mungkin boleh dilantik menerusi wakil dua atau tiga kementerian sebab selepas pilihan raya jawatankuasa ini akan kekal di bawah jawatankuasa pilihan khas yang dilantik dalam kalangan ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi 461 bertajuk Antara projek mega, subcon & tata kelola yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu,

Program itu dikendalikan Dr Noor Nirwandy Mat Noordin sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju merangkap ahli PAC, Zahir Hassan dan Pengerusi Eksekutif DNex, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir.

Jelasnya, idea ini boleh dilaksanakan memandangkan Parlimen negara kini lebih terbuka dari segi semak dan imbang.

Artikel Berkaitan:

“Jawatankuasa tetap ini juga boleh dilantik dalam kalangan pegawai -pegawai kerajaan yang kemudiannya boleh dipanggil untuk memberi keterangan kalau ada ketirisan penyelewengan atau kes projek lambat siap,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan perlu meluaskan skop kerana PAC memerlukan banyak masa, tenaga dan secara tidak langsung barisan ahli Parlimen baharu yang dilantik dalam PAC ini nanti boleh membina kemahiran masing-masing mengikut kementerian yang banyak melaksanakan projek mega.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!