Mayat mangsa pesawat terhempas pada 1968 ditemui selepas 56 tahun

Keranda yang membawa mayat mendiang tiba di Kerala untuk disemadikan. Agensi
Keranda yang membawa mayat mendiang tiba di Kerala untuk disemadikan. Agensi
A
A
A

KERALA - Penantian selama 56 tahun sebuah keluarga berakhir apabila mayat seorang ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi sebuah pesawat terhempas pada 1968 ditemukan polis.

Menurut BBC, adik mangsa yang dikenali Thomas menerima panggilan telefon daripada pihak polis daerah Pathanamthitta di Kerala, India Selatan memberitahu mayat abangnya, Thomas Cherian telah ditemui.

"Apabila berita ini sampai kepada keluarga, kami merasakan kegelisahan, 'kesesakan' selama 56 tahun selama ini terus hilang," kata Thomas kepada BBC Hindi pada Rabu.

Cherian merupakan salah seorang daripada 102 penumpang pesawat Tentera Udara India yang terhempas di pergunungan Himalaya pada 1968 akibat cuaca buruk.

Mayat pertama salah seorang penumpang ditemui pada tahun 2003 dan selama bertahun-tahun pasukan tentera menemui lapan lagi mayat.

Pada 2019, serpihan pesawat itu ditemui dari kawasan pergunungan.

Baru-baru ini, kemalangan 1968 itu kembali menjadi tumpuan apabila tentera menemui empat mayat termasuk Cherian.

Ketika kehilangannya, Cherian baru berusia 22 tahun dan dia merupakan anak kedua daripada lima beradik.

Artikel Berkaitan:

Pegawai menggunakan imej satelit, radar dan dron untuk mengesan mayat.

Menurut Kolonel Lalit Palaria, penggunaan radar membolehkan pihaknya berjaya mengesan objek logam yang tertimbus di bawah salji sedalam kira-kira 20 meter, mengenal pasti serpihan di kawasan itu.

Pasukan itu kemudian menggali runtuhan dengan tangan dan menemui satu mayat, manakala tiga lagi mayat ditarik dari celah-celah glasier.

Pada satu mayat itu pakaian seragam Cherian mempunyai tanda nama - 'Thomas C', dan dia mempunyai dokumen pengenalan diri di dalam poketnya dijumpai. -Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!