Pilihan raya awal Azerbaijan 9 Februari

No Image Caption
A
A
A

BAKU - Azerbaijan dijangka mengadakan pilihan raya awal pada Ahad hampir dua bulan selepas Parlimen dibubarkan melalui dekri presiden, lapor agensi berita Anadolu.

Lebih 1,300 calon berdaftar membabitkan 20 parti politik akan merebut 125 kerusi Parlimen.

Pilihan raya itu turut menyaksikan lebih 22.5 peratus terdiri calon wanita.

Rakyat akan memilih Ahli Parlimen untuk tempoh lima tahun.

Lebih 65,000 pemerhati antarabangsa dan lebih 800 orang telah diakreditasi untuk memantau pilihan raya itu.

Kempen pilihan raya bermula pada 17 Januari di seluruh negara dijangka berakhir awal Sabtu pagi sehari sebelum pengundian.

Sejumlah 5.2 juta pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di lebih 5,500 pusat mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Azerbaijan.

Pilihan raya itu tidak membabitkan pengundi luar negara kecuali bagi kumpulan tertentu dalam perkhidmatan asing dan tentera.

Artikel Berkaitan:

Pengundian dijadual bermula jam 8 pagi waktu tempatan (0400GMT) sehingga jam 7 malam (1500GMT).

Pilihan raya itu adalah yang keenam dijalankan di Azerbaijan sejak negara itu memperoleh kembali kemerdekaannya pada 1991 selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!