Misteri kemunculan ratusan bebola tar di tepi pantai
SYDNEY - Ratusan objek misteri berbentuk bebola hitam seperti tar terdampar di tepi pantai popular di Australia.
“Ia muncul di Pantai Coogee, Sydney pada Selasa. Hasil pemerhatian awal mendapati ia mungkin terhasil daripada tumpahan minyak.
"Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum yang konsisten dengan bentuk objek itu,” kata Datuk Bandar, Dylan Parker.
Kemunculan objek bebola itu turut menarik perhatian sekumpulan burung camar ke pantai berkenaan.
Difahamkan, operasi pembersihan telah dijalankan manakala kawasan pantai sekitar masih dipantau.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi Pantai Coogee atau menyentuh objek itu ketika kerja membersih dan siasatan lebih terperinci sedang dilakukan,” jelas Parker lagi. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
23 Disember 2024 07:04pmRezeki Sunhaji mencurah-curah selepas balik umrah
23 Disember 2024 06:52pmHanya 12 trak makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
23 Disember 2024 06:50pmIkrar pemimpin baharu Syria, enggan campur tangan hal Lubnan
23 Disember 2024 06:39pmSteven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
22 Disember 2024 08:33pmRestoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
23 Disember 2024 12:03amIsteri curang seret suami sejauh 200 meter
23 Disember 2024 07:00amTarian gelek, seksi di Tanah Merah: Penganjur boleh dikompaun, kata Exco
22 Disember 2024 08:09pm