YouTuber mohon maaf 'prank' dijangkiti koronavirus

Potok Philippe bertindak berani mengatakan dirinya dijangkiti wabak koronavirus ketika berada di dalam sebuah pesawat hanya kerana mahukan publisiti. - Foto Metro.uk
Potok Philippe bertindak berani mengatakan dirinya dijangkiti wabak koronavirus ketika berada di dalam sebuah pesawat hanya kerana mahukan publisiti. - Foto Metro.uk
A
A
A

TORONTO - Seorang YouTuber tampil mohon maaf atas kesalahan mengaku positif wabak koronavirus ketika berada dalam pesawat dalam perjalanan ke Jamaica dari Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto.

Potok Philippe atau nama sebenarnya James Potok mengaku bertindak sedemikian dan memberitahu ia sekadar 'prank' kerana mahu menjadi popular serta akan memuat naik video pengakuan itu di Instagram miliknya, lapor Metro.uk.

Bagaimanapun, pengakuan dilakukan itu mengundang padah setelah dia kini dalam tahanan pihak polis dan bakal didakwa di Mahkamah Ontario, Kanada pada 9 Mac nanti.

Terdahulu, di laman sosial tular video Philippe ketika berada di dalam pesawat memberitahu, "Sila beri perhatian semua, saya baru pulang dari wilayah Wuhan, tempat bermulanya koronavirus, saya berasa tidak sihat, terima kasih."

Lelaki berusia 28 tahun itu membuat pengumuman itu di hadapan 243 penumpang dan anak kapal hingga mencetuskan panik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat mendarat kecemasan selepas artis buat 'prank' koronavirus

Sejurus mendengar pengumuman itu, pramugari bertindak pantas memberinya penutup muka dan hidung serta sarung tangan.

Bukan itu sahaja, gara-gara tindak tanduknya itu, pesawat terpaksa berpatah balik.

Artikel Berkaitan:

Menerusi saluran YouTube miliknya, rata-rata netizen mengecam tindakannya yang disifatkan tidak bermoral.

"Berfikir sebelum berbuat demikian. Disebabkan kamu, ramai terpaksa membazir masa, duit, berpatah balik gara-gara tindakan kamu yang tidak bermoral. Anda adalah lelaki yang tidak matang," kata Marta.

Kata Damian, "Awak manusia paling teruk di dunia dan sangat kecewa sikap kamu."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!