SK TUDM Subang tekad terbang lebih tinggi

Lutfi (barisan belakang, dua kanan) bersama barisan kejurulatihan dan pemain SK TUDM Subang.
Lutfi (barisan belakang, dua kanan) bersama barisan kejurulatihan dan pemain SK TUDM Subang.
A
A
A

SEKOLAH Kebangsaan (SK) TUDM Subang sudah bersedia fizikal dan mental berdepan SK Jalan 3 dalam aksi suku akhir Piala Raja Muda Selangor di padang SK Sri Petaling, pada Khamis.

Malah pengurus pasukan SK TUDM Subang, Lutfi Juwaini Zaini juga menyifatkan aksi berdepan lawan yang berpangkalan di Bandar Baru Bangi, tersebut juga merupakan ujian karakter kepada pemain-pemain pasukan dari Subang tersebut.

“Alhmdulillah, kecergasan semua pemain berada pada tahap optimum, tiada sebarang kecederaan. Segala persiapan dan perancangan pasukan berjalan lancar mengikut perancangan jurulatih,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Sebagai rekod, SK TUDM Subang mara ke suku akhir selepas menewaskan SK Batu Belah, 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di SK Perdana Jaya pada Isnin.

Mengulas lanjut persediaan berdepan SK Jalan 3, Lutfi berkata: “Alhamdulillah, Insya-ALLAH, segala persediaan persiapan menghadapi perlawanan dirancang dengan baik.

“Dan apabila setiap perlawanan diterjemahkan dengan kemenangan, secara tidak langsung ini menggambarkan kesediaan kami untuk membawa pulang trofi kemenangan kali ini.”

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Ditanya, elemen yang memacu konsistensi SK TUDM Subang, menjinakkan SK Batu Belah, Lutfi berkata:

Artikel Berkaitan:

“Kemenangan ini dipacu sikap pemain atas pandang yang senantiasa dahagakan kemenangan, kepatuhan kepada arahan jurulatih, disiplin dan paling penting semangat juang sebagai satu pasukan.”

Kejuaraan pembangunan bakat bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

PIALA RAJA MUDA SELANGOR

SUKU AKHIR

KHAMIS (17 OKTOBER)

SK Seksyen 20 lwn SK Leftenan Adnan

(Padang SK Sri Petaling, 8.30 pagi)

SK Bukit Kerayong lwn SK Bandar Baru Selayang 2

(Padang SK Sungai Lang, 8.30 pagi)

SK TUDM Subang lwn SK Jalan 3

(Padang SK Sri Petaling, 9.45 pagi)

SK Seri Selangor lwn SK Seri Pristana

(Padang SK Sungai Lang, 9.45 pagi)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!