Kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies Februari tahun depan

Ruhainies dan Aliff hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi prosiding kes khalwat, tujuh bulan lalu.
Ruhainies dan Aliff hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi prosiding kes khalwat, tujuh bulan lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes khalwat membabitkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, ditetapkan pada Februari tahun depan.

Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada dan 27 Februari 2025," kata Hakim Syarie Abu Suffian.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium, pada tujuh bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama orang Islam yang bukan isteri, suami atau mahram, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa mereka membuat perbuatan tidak bermoral.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini, pada jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

Pertuduhan terhadap Aliff dibuat mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu khalwat, sementara Ruhainies, Seksyen 27 (b) akta sama.

Sesyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Kes ini dikendalikan pendakwa syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad manakala pasangan artis berkenaan diwakili peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A Ghani.

Pada 9 Mac lalu, Aliff terpalit kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon, Ruhainies.

Isteri, Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres, namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Bagaimanapun, pada 13 Jun lalu, Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Mereka yang melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!