Piala Datuk Mokhtar Dahari kembali, bermula November

Muhammad Nasir dan Hashim (berdiri, tengah) bersama pengurus 32 pasukan yang akan bersaing dalam kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari bawah 15 tahun.
Muhammad Nasir dan Hashim (berdiri, tengah) bersama pengurus 32 pasukan yang akan bersaing dalam kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari bawah 15 tahun.
A
A
A

KEJOHANAN bola sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari (bawah 15 tahun) bakal kembali berlangsung bermula November ini.

Pengarah Teknikal Kejohanan, Jailani Abdul berkata, kejohanan itu akan menyaksikan sebanyak 32 pasukan terbaik dari setiap daerah di Selangor berentap.

Carta pasukan bertanding pada Piala Datuk Mokhtar Dahari.
Carta pasukan bertanding pada Piala Datuk Mokhtar Dahari.

"Peringkat kumpulan kejohanan itu dijangka bermula pada 13 hingga 21 November ini dengan kesemua pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan, setiap satunya terdiri daripada empat pasukan.

"Johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua dijangka berlangsung pada 26 November diikuti dengan suku akhir (3 Disember), separuh akhir (10 Disember) dan akhir (16 Disember)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas berakhirnya mesyuarat pengurus pasukan Piala Datuk Mokhtar Dahari bawah 15 tahun di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini.

Hadir sama, Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Timbalan Pengerusi Kejohanan, Hashim Anang bersama pengurus 32 pasukan yang akan bersaing dalam kejohanan itu.

Mengekalkan format sama seperti sebelum ini, pasukan terlibat dalam Piala Mokhtar Dahari dipilih daripada empat pasukan terbaik dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan-Sukan Sekolah Daerah di setiap daerah di Selangor.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Jailani berkata, penganjuran piala itu diharapkan dapat terus menjadi platform menjadikan Selangor sebagai sumber melahirkan pemain bola sepak terbaik di dalam negara, selaras dengan hasrat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan pencetus kepada kejohanan tersebut.

Sinar Harian merupakan media rasmi kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari bawah 15 tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!