Pengawal keselamatan didakwa curi 20 tin sardin, deodoran

Seorang pengawal keselamatan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri beberapa barangan termasuk 20 tin sardin dan deodoran di sebuah pasar raya di sini minggu lalu.
Seorang pengawal keselamatan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri beberapa barangan termasuk 20 tin sardin dan deodoran di sebuah pasar raya di sini minggu lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mencuri beberapa barangan termasuk 20 tin sardin dan deodoran di sebuah pasar raya di sini minggu lalu.

Tertuduh Abdul Wafiy Manap, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan mencuri harta iaitu 20 tin sardin Ayam Brand 425g, 2 unit Nivea Men deoroll 50ml, 1 unit robot garbage bag roll, tiga pek Whiskas Tasty Mix 70g, 1 unit Dashing Bad Boys Edt 100ml dan 1 pek Power Cat Fresh Ocean Tuna dengan anggaran jumlah keseluruhan RM270.79 milik sebuah pasar raya di Seremban 2.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Oktober lalu jam 3.08 petang.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian boleh dikenakan penjara, denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, menawarkan jaminan RM8,000 bagaimanapun mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), R Kanapathy memohon jaminan yang munasabah atas alasan tertuduh hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan serta perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan 19 November untuk sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!