Pendakwaan pertikai cuti sakit, Tun Daim masuk hospital

Tun Daim dimasukkan ke hospital Assunta dan menerima sijil cuti sakit.
Tun Daim dimasukkan ke hospital Assunta dan menerima sijil cuti sakit.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan bagi kes gagal mengisytiharkan harta membabitkan Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sijil cuti sakit dan ketidakhadiran bekas Menteri Kewangan itu, di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, pihak pembelaan hanya memberitahu Daim, 86, dimasukkan ke hospital Assunta dan menerima sijil cuti sakit.

“Mereka tidak memberi alasan tertuduh dimasukkan ke hospital maka kami minta pihak hospital memberi laporan penuh mengenai keadaan Tun Daim, termasuk doktor yang merawatnya, hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan mengenai keadaannya.

“Kita juga mahu jururawat yang menandatangan sijil cuti sakit untuk datang ke mahkamah,” katanya.

Daim, 86, dan Na'imah, 67, masing-masing menghadapi pertuduhan gagal mengisytiharkan 70 harta dan 12 harta manakala kedua-dua kes dijadual dibicarakan di hadapan Hakim Azura.

Pada 29 Januari lalu, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!