Anak Sabari sebak, harap kes ayahnya jadi pengajaran

Suraiya (dua dari kiri) hadir bersama ahli keluarganya di Mahkamah Jitra bagi mengikuti pendakwaan terhadap dua suspek berkaitan pembunuhan bapanya.
Suraiya (dua dari kiri) hadir bersama ahli keluarganya di Mahkamah Jitra bagi mengikuti pendakwaan terhadap dua suspek berkaitan pembunuhan bapanya.
A
A
A

KUBANG PASU - Anak kepada mangsa bunuh, Sabari Baharom, 62, berharap kes pembunuhan ayahnya dapat dijadikan pengajaran oleh orang ramai.

Suraiya Izzati, 29, berkata, setiap negara mempunyai undang-undang yang tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun.

"Saya harap ayah akan dapat keadilan. Setiap negara ada undang-undang jadi tak boleh kita nak buat sesuka hati dan anggap kita akan terlepas hukuman," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Jitra di sini pada Khamis.

Menurutnya, itu adalah kali pertama dia melihat kedua-dua suspek yang membunuh ayahnya sejak kehilangan pesara pegawai Felcra terbabit.

"Tapi saya tak nampak muka mereka. Sampai hati mereka buat macam tu pada ayah.

"Setiap hari saya berdoa semoga jasad ayah ditemui supaya kes ini menjadi lebih mudah," katanya

Suraiya berkata, dia akan mengikuti setiap perkembangan perbicaraan kes bapanya di mahkamah jika mempunyai kelapangan.

Dia hadir ke mahkamah bagi mewakili dua adiknya, Nur Aina Sofiya, 28, dan Muhammad Amir Hakimi, 25, yang mahu menuntut keadilan demi bapa mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!