Air pasang besar: JPS diminta pantau kerosakan benteng di Tok Muda

JPKK Kampung Tok Muda membuat pemantauan air pasang besar di Pengkalan Nelayan Kampung Tok Muda.
JPKK Kampung Tok Muda membuat pemantauan air pasang besar di Pengkalan Nelayan Kampung Tok Muda.
A
A
A

KLANG - Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) diminta memantau termasuk menyelenggara semula kerosakan benteng akibat air pasang besar di Kampung Tok Muda, pada Khamis.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) memaklumkan, tindakan itu bagi memastikan air laut tidak melepasi benteng atau ban pemisah antara laut dan kawasan darat.

"Ada sebahagian ban dan benteng itu baru ditambak sebelum ini, namun strukturnya masih belum cukup kukuh dan kuat untuk menghadapi air laut atau ombak yang besar.

"Justeru, kami berharap Jabatan JPS Selangor dapat memantau serta menyelenggara kembali benteng yang perlu dibaiki," ujar pentadbir laman Facebook JPKK Kampung Tok Muda di laman sosial itu pada Khamis.

JPS diminta untuk memantau termasuk menyelenggara semula kerosakan benteng akibat air pasang besar di Kampung Tok Muda pada awal pagi Khamis,
JPS diminta untuk memantau termasuk menyelenggara semula kerosakan benteng akibat air pasang besar di Kampung Tok Muda pada awal pagi Khamis,

Terdahulu, JPKK Kampung Tok Muda membuat pemantauan air pasang besar di Pengkalan Nelayan Kampung Tok Muda dan mendapati ketinggian air menyebabkan air laut melepasi sebahagian ban awal pagi pada Khamis.

"Terima kasih kepada Rela, Balai Bomba Dan Penyelamat Kapar yang bersama-sama Skuad GSM Prihatin dan JPKK Kampung Tok Muda yang memantau sejak dari awal pagi lagi," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, air pasang besar dijangka berlaku pada 17 hingga 20 Oktober dan dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebagai langkah berwaspada, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memantau kenaikan air di kawasan kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, menurut sumber ramalan cuaca dikeluarkan oleh AccuWeather, cuaca pada pagi ketika 17 hingga 20 Oktober dijangka akan mengalami hujan lebat dan ribut petir manakala pada waktu malam pula akan hujan di beberapa tempat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!