Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai bersama rakan

Muara sungai lokasi kejadian kanak-kanak dilaporkan dikhuatiri lemas di Kampung Lokub, Sepanggar, Kota Kinabalu.
Muara sungai lokasi kejadian kanak-kanak dilaporkan dikhuatiri lemas di Kampung Lokub, Sepanggar, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjun di muara sungai ketika mandi bersama rakannya dalam kejadian di Kampung Lokub, Sepanggar, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, kanak-kanak berusia 11 tahun itu dikatakan tidak timbul selepas terjun dari jambatan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.03 tengah hari.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

"Menurut pemanggil terdapat beberapa kanak-kanak mandi di muara sungai tersebut dan seorang kanak-kanak perempuan berada jambatan telah terjun ke dalam sungai berkenaan.

"Mangsa kemudian tidak timbul di permukaan sungai dan dikhuatiri lemas sebelum penduduk bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah pencarian di permukaan sungai.

"Maklumat mengenai SAR akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!