Kes Counter Setting: Tiga nama 'ikan besar' tiada kaitan

Azam menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Persidangan Meja Bulat Memperkasa Integriti dan Mitigasi Aktiviti Pengubahan Wang Haram melalui kolaborasi SPRM dan Institusi Kewangan Tahun 2024 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Bernama
Azam menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Persidangan Meja Bulat Memperkasa Integriti dan Mitigasi Aktiviti Pengubahan Wang Haram melalui kolaborasi SPRM dan Institusi Kewangan Tahun 2024 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga nama 'ikan besar' yang didakwa sebagai kartel penting dalam sindiket 'Counter Setting' tidak mempunyai kaitan dalam siasatan kes terbabit.

Penafian itu dibuat susulan pendedahan sebuah portal berita tempatan sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya tiga individu dikenali sebagai Tok Yah atau Tok Ayah, DK dan Adik merupakan 'kartel' penting dalam sindiket terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, satu arahan telah dikeluarkan pihaknya untuk memeriksa ketiga-tiga nama terbabit seperti yang didakwa sebelum ini.

"Saya secara peribadi tidak pernah dengar nama-nama ini, jadi saya arahkan pegawai saya untuk memeriksanya.

"Pagi ini (Khamis) pegawai saya beritahu ketiga-tiga kod nama itu (Tok Ayah, DK dan Adik) tiada kena-mengena dengan kes Counter Setting," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Bank-bank Komersial di sini.

Sebuah portal berita tempatan mendakwa tiga 'ikan besar' yang merupakan individu penting dalam kes itu masih lagi bebas.

Portal terbabit turut mendakwa sekurang-kurangnya tiga individu dikenali sebagai Tok Yah atau Tok Ayah dan DK merupakan dua dalang utama, selain dibantu oleh Adik untuk menjadi orang tengah dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Artikel Berkaitan:

Susulan laporan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta nama yang terlibat dalam sindiket Counter Setting daripada portal terbabit untuk disemak dan diserahkan kepada SPRM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!