IWK baiki segera lubang benam di Pantai Jerejak

Fahmi (kanan) meninjau kejadian lubang benam di Taman Sri Nibong yang berlaku pada Rabu.
Fahmi (kanan) meninjau kejadian lubang benam di Taman Sri Nibong yang berlaku pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengambil tindakan segera dijangka siap dalam tempoh empat hingga tujuh hari untuk membaiki paip yang terjejas akibat kejadian lubang besar (sinkhole).

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, tindakan berkenaan termasuk menggerakkan pasukan pembaikan yang berkoordinasi dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, ia berikutan pelaksanaan menutup jalan, memasang penghadang keselamatan dan mengalihkan lalu lintas demi keselamatan orang awam.

“Sehingga malam tadi (Rabu), kontraktor kami telah memulakan kerja-kerja pembaikan.

“IWK kekal komited untuk memastikan operasi sistem pembetungan di kawasan berkenaan berjalan dengan selamat dan efisien serta berusaha untuk menjaga kesihatan awam dan persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Insiden lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak George Town pada Rabu berpunca daripada kebocoran paip IWK.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan IWK yang dianggarkan mengambil masa selama seminggu.

Tambah Zairil Khir, IWK masih menyiasat punca kejadian yang mungkin disebabkan hujan lebat dan pergerakan pada paip bawah tanah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sepanjang tempoh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif kerana akses ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup sementara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!