18,878 diberkas, dadah RM103.54 juta dirampas di Selangor tahun ini

A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor memberkas 18,878 individu terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah dengan nilai rampasan kira-kira RM103.54 juta sejak Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik setakat September itu merekodkan 636 orang yang ditangkap ialah pengedar dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, tangkapan tersebut juga berjaya menumpaskan 27 sindiket pengedaran dadah.

"Pelbagai dadah dan cecair telah dirampas antaranya heroin base seberat 2.94 kilogram, heroin no 3 (29.41kg), heroin no 4 (0.037kg), ganja (450.46kg), syabu (1,541.96kg), cecair syabu (23,765.09 liter), kokain (8.45kg), ketamin (95.53kg) serta 225,259 biji pil ekstasi.

JSJN Selangor turut merampas ubat batuk dipercayai bagi aktiviti penggunaan daun ketum.
JSJN Selangor turut merampas ubat batuk dipercayai bagi aktiviti penggunaan daun ketum.

"Seramai 118 orang telah diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dalam usaha melumpuhkan sindiket pengedaran dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.

Tambahnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor juga telah menyita aset sindiket meliputi wang tunai, kenderaan, hartanah dan bangunan rumah bernilai RM14.52 juta.

Katanya, berdasarkan statistik juga, 668 individu merupakan pesalah yang memasukkan dadah secara berulang.

Artikel Berkaitan:

JSJN Selangor turut merampas ubat batuk dipercayai bagi aktiviti penggunaan daun ketum.
JSJN Selangor turut merampas ubat batuk dipercayai bagi aktiviti penggunaan daun ketum.

Sebelum itu, dadah seberat 1,993.98 kg dan 267,711.02 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM131.71 juta dilupuskan melibatkan 5,894 kertas siasatan dari tahun 2009 hingga 2024.

"Barang kes dilupuskan setelah selesai perbicaraan di mahkamah. Pelupusan dadah ini juga dijalankan setiap tahun, diuruskan dengan teliti dan integriti," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!