DBKL sita premis warga asing di Kepong
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sita terhadap tiga premis perniagaan dikendalikan warga asing di sekitar Parlimen Kepong dekat sini.
DBKL dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, operasi tindakan khas itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Kepong pada Rabu.
"Hasil daripada tindakan khas tersebut, sebanyak empat Notis Tawaran Kompaun dan dua Notis Penguatkuasaan turut dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016," menurut DBKL menerusi hantaran itu pada Khamis.
Pihak berkuasa tempatan itu menambah, kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," ujarnya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!