Kerjasama erat pengurusan, warga kerja buah kejayaan KPKT

Zuraida - Foto Bernama
Zuraida - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, gabungan mantap dan kerjasama erat pasukannya bersama pengurusan serta kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuahkan hasil cemerlang dalam bidang yang diterajui oleh kementerian itu.

Zuraida berkata, kejayaan yang dilakar dalam sektor perumahan, kerajaan tempatan, pengurusan sampah, kebombaan dan pembangunan komuniti itu tidak akan terjadi tanpa sokongan dan kerja keras daripada warga KPKT.

"Kejayaan KPKT ini telah didokumenkan dalam buku Laporan Pencapaian KPKT 2019 yang menggalurkan lebih daripada 100 kejayaan dalam pelbagai bidang dan saya sentiasa berusaha menjadi peneraju perubahan landskap pentadbiran negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagi merealisasikan hasrat tersebut, sokongan penjawat awam khususnya kakitangan kementeriannya amat diperlukan selaras dengan empat dasar utama KPKT yang dilancarkan tahun lepas dan bakal menjadi teras kepada usaha perubahan itu.

Sementara itu, Zuraida berkata, terdapat dua lagi dasar baharu bakal dilancarkan sebagai usaha memantapkan bidang kebombaan dan pihak berkuasa tempatan pada tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!