Terbuka Denmark: Cabaran Kian Meng-Pei Jing terhenti
CABARAN beregu badminton campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam Terbuka Denmark terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Won-ho dalam aksi sengit di Arena Fyn, Odense pada Khamis.
Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Kian Meng-Pei Jing yang mempamerkan semangat melawan tinggi dalam dua set terakhir sebelum akur kepada pengalaman Na-eun-Won-ho.
Set pertama Kian Meng-Pei Jing yang berstatus nombor 17 dunia ternyata bermula lebih agresif apabila menang 21-16 bagi memimpin perlawanan.
Set kedua Na-eun-Won-ho yang berada ranking keenam dunia kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun tidak selepas Kian Meng-Pei Jing memberikan tentangan sengit sebelum tewas 18-21 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejar mata yang akhir menyaksikan kemenangan berpihak kepada Na-eun-Won-ho dengan kemenangan 21-16 dalam masa 60 minit.
Untuk rekod, Kian Meng-Pei Jing mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 750 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tersebut selepas menewaskan gandingan England, Ethan Van Leeuwen-Chloe Birch 21-7, 21-14 dalam masa 30 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!