Negeri Sembilan terima 58 permohonan DTRC

Arul Kumar (empat dari kiri) ketika merasmikan DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin pada Khamis.
Arul Kumar (empat dari kiri) ketika merasmikan DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin pada Khamis.
A
A
A

NILAI - Negeri Sembilan menerima 58 permohonan untuk pembinaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) menerusi Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani).

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, daripada jumlah berkenaan, 44 permohonan telah diluluskan membabitkan peruntukan kira-kira RM4.2 juta.

"Ia membabitkan 17 DTRC di kawasan Seremban, Jempol (enam), Rembau (tiga), Port Dickson dan Jelebu masing-masing empat permohonan serta bakinya Tampin dan Kuala Pilah.

"Di bawah sektor alam sekitar, kita menerima banyak permohonan daripada komuniti dan juga organisasi yang ingin melaksanakan DTRC di seluruh daerah Negeri Sembilan. DTRC Mantin ini adalah projek yang pertama siap melalui peruntukan dana Program Sejati Madani," katanya kepada pemberita pada program perasmian DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin di sini pada Khamis.

Arul Kumar (kiri) meninjau keadaan DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin pada Khamis.
Arul Kumar (kiri) meninjau keadaan DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Cairul Hisham Jalaluddin.

Arul Kumar berkata, dengan terbinanya DTRC Sejati Madani di Kampung Baru Mantin ini telah membuktikan komitmen kerajaan untuk menyediakan fasiliti yang terbaik untuk masyarakat, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi komuniti setempat.

"Menerusi Program Sejati Madani ini kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana sehingga RM100,000 kepada mana-mana komuniti untuk menggalakkan keupayaan aktiviti sosio ekonomi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kerajaan melalui SWCorp telah mengadakan pelbagai program dan kempen berkaitan kitar semula bermula dari anak-anak tabika, prasekolah, sekolah rendah dan menengah sehingga institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.

Arul Kumar (kiri) merasmikan DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin pada Khamis.
Arul Kumar (kiri) merasmikan DTRC Sejati Madani Kampung Baru Mantin pada Khamis.

"Kempen-kempen yang dilaksanakan ini mempunyai satu tujuan utama adalah untuk menyelamatkan alam sekitar dan menggelakkan pembaziran sumber dari terus dihantar ke tapak pelupusan.

"Justeru, amat bertepatanlah dengan terbinanya DTRC Sejati Madani di Kampung Baru Mantin ini telah membuktikan komitmen kerajaan untuk menyediakan fasiliti yang terbaik untuk masyarakat.

"Saya berharap agar kemudahan DTRC ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak akan timbul isu vandalisme," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!