Remaja perempuan maut dalam kebakaran rumah

Mangsa ditemui maut dalam bilik tingkat atas rumahnya di Saujana Impian, Kajang pada Jumaat.
Mangsa ditemui maut dalam bilik tingkat atas rumahnya di Saujana Impian, Kajang pada Jumaat.
A
A
A

KAJANG - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui maut dalam kebakaran sebuah rumah di Saujana Impian, di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 4.20 petang sebelum sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi.

Katanya, operasi pemadaman api turut dibantu BBP Bangi dan BBP Seri Kembangan.

Kesan kebakaran di kediaman mangsa di Saujana Impian, Kajang pada Jumaat.
Kesan kebakaran di kediaman mangsa di Saujana Impian, Kajang pada Jumaat.

"Kebakaran kira-kira 60 peratus melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat.

"Mangsa yang meninggal dunia dijumpai terbakar di dalam biliknya di tingkat atas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sewaktu kejadian mangsa dipercayai sendirian di rumah.

Tambahnya, api telah dipadam sepenuhnya dan unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Artikel Berkaitan:

Katanya, agensi lain terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!