Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya ‘phone scam’

Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas. Foto hiasan
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan pendidik masih menjadi sasaran sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui telefon dan terbaharu, seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 72 tahun itu menerima panggilan daripada ‘pegawai’ berkenaan pada 22 Ogos yang mendakwa dirinya terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

"Panggilan itu kemudian disambungkan kepada ‘pegawai polis’ Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu dan mangsa telah diarahkan untuk menyenaraikan semua akaun perbankan miliknya, selain diminta mengangkat sumpah untuk merahsiakan perkara terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa diarahkan melaporkan diri kepada ‘pegawai polis’ dari Bukit Aman setiap dua kali sehari dan mengeluarkan kesemua wang simpanannya serta memasukkan ke dalam empat akaun bank milik pengadu sendiri.

"Mangsa juga diminta memasukkan kesemua kad ATM, maklumat nombor pin serta simkad yang digunakan ke dalam satu sampul surat, seterusnya diletakkan di dalam semak berdekatan sebuah lorong kononnya bagi membolehkan pihak penyiasat membuat audit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari diperdaya selepas mendapati kesemua wangnya telah dikeluarkan dan dipindahkan tanpa pengetahuannya.

Rami berkata, laporan polis dibuat pada 9 Oktober lepas di Sandakan, Sabah dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

TAG: pesara, guru, kerugian, phone scam, Ramli Mohamed Yoosuf

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!